Sunday, November 11, 2012

Still tak meriah...

Dah about 2 years kot rumah di Emerald. Masih lagi banyak rumah yang tak berpenghuni. Baru jer buat Doa Selamat after 2 years tapi masih belum ada kesempatan untuk tinggal di sana. Dan masih ke Pejabat Penyelenggaraan untuk lodge report. Entah sampai bila...

Banyak rumah yang baru nak launching. Dan harga yang ditawarkan boleh tahan mahal. Tapi saya berani jamin, kualiti akan menjadi pertaruhan. Sehingga kini, bilik tidur utama kami masih ada swimming pool. Waterfall jangan katelah. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Crack seperti datang dalam pakej membeli rumah sekali. Tiang lampu senget tak repair lagi.

Anai-anai dah kelihatan di belakang pagar rumah. Perlu ambil tindakan segera agar tidak mendatangkan masalah di masa hadapan. Rumput baru lepas racun tapi tidak mati sepenuhnya disebabkan hujan hampir setiap petang. Anjing Liar berkeliaran membongkar sampah dan meronda-ronda. Tak buat-buat lagi report untuk anjing liar.

Pokok limau kasturi dan limau nipis tumbuh tapi selepas setahun masih mcm tu gak ketinggian nya. Serai wangi dan serai untuk memasak menjadi. Pandan pulak ditelan oleh lalang-lalang yang tumbuh tanpa diundang.

Masalah besar ketika kenduri doa selamat hari itu adalah masalah sesat. Rumah dah ler terceruk mane. ( sekarang baru sedar betapa terceruknya rumah ku sehingga nephew dari Singapura kata ade dinasor ...huhuhuhu ) . Lepas itu, papan tanda Precint 5 pulak letak kat Pondok Pengawal Keselamatan. Papan tanda di simpang masuk ? Tarak. Bijak-bijak.

Apa-apa pon, itulah rumah ku. Itulah bakal syurga ku. Entah bila boleh menghabiskan masa bercucuk tanam di sana :(

Thursday, October 13, 2011

Askm semua

my last post was in July... Lame ek... sbb kesihatan yang tidak begitu memberansangkan... tgh pregnant..skrg tgh tunggu minggu. Rata-rata rumah di Emerald semua hampir siap seperti yg dijanjikan oleh pihak SPD...by November... jalan2 dah tar... kami pon rase sedikit tenang , kurang sikit lori lalu lalang... kalau tak debu di rumah sebakul hah nak menyapu...
Dah start tanam2 pokok dan tanaman herba... nnt kalau jadi leh la supply untuk warga Emerald yer... ada pokok limau nipis, limau purut, kunyit, halia, serai, serai wangi, pandan... dan bakal menambah lagi tanaman sedia ada... kat depan tanam pokok2 hiasan jer... tepi masih rumput nak naik taraf jadi lalang....
Sekarang tgh in process nak let go aircond yang SPD bagi free... PENSONIC... uish uish uish... jahat tol... upgrade sikit SPD dah boleh bagi PANASONIC... kedekut... ni defect tak wat lagi... air tingkat 2 punya lah slow... wiring still tak betul2... and paling xbest nya tile kat entrance seperti nak tercabut... aisehman... ngamuk2 kang terbawa2 ke anak... kite tunggu husband kite bw rotan ke SPD maintenance ek.... ciao

Wednesday, July 27, 2011

Semakin ramai yang pindah masuk...

Kelihatan security guard dah tukar di Emerald... Dah tukar warganegara... ada komen apa-apa tentang security tak? My last visit, guard ni meronda-ronda di sekitar kawasan, which is good, tapi dengan had laju yang agak laju, which is bad... especially utk anak-anak yang main di taman permainan tu. And sambil bercakap di telefon. Ker saye ni yang terlalu pemerhati. But we paid for the service, kalau tak silap RM50/sebulan kan...


So ramai yang renovate rumah di kawasan Emerald, memang gah betul la... :) cantik2 semuanya... kebanyakannya sambung dapur, semestinya utk keluarga yang besar. Kami ni keluarga kecil, dapur tu mcm dah cukup besar so takde cadangan nak renovate rumah untuk masa terdekat. Budget pon buat mase sekrang tertumpu kepada bayi yang bakal lahir. Tapi tgk2 rumah di Emerald dah mcm rumah cluster jadinyer sebab dapur bertemu dapur. Developer tak buat jalan kat belakang. I mean jalan utk pejalan kaki ker... or at least lorong kecil... tak bahaya ker utk waktu2 kecemasan? terutama semasa kebakaran. Malang tak berbau... Just saying... 


Rumah yang lain sudah nampak bentuknya... kalau dah siap semuanya, insyaAllah masalah debu pon akan berkurangan la harapnya. Waktu2 begini tak sesuai la nak pindah masuk kalau bawa bayi kecil. Harap hujung tahun nanti dah selesailah semua urusan developer kat situ.


Nanti kita bercadang nak buat kenduri kecil-kecilan untuk bayi dan rumah. Harap masa itu nanti dah ramai jiran pindah masuk dan boleh la berkenalan sesama sendiri. 

Monday, June 6, 2011

Kualiti dijamin?

memang tidak dijamin... kemungkinan kami adalah pembeli yang malang atau memang kualiti tidak dijamin. last visit to our house, kat masterbedroom ader 'swimming pool' mmg design yang begitu tidak effisien. Defects list dah masuk ke borang ke-3 and end up, me and my husband menerjah sales office kerana setelah diselidiki, SPD tiada HQ dan tiada saluran untuk menghantarkan komplen rasmi. So, solutions, site manager, maintainance supervisor and clerk entertain us. Promise everything to be settled within 2 days. But till today, we still dont have time to make it. Tunggu minggu depan la before my husband outstation. Memang menyusahkan.
sila check tiles, byk ruang kosong, wiring problem satu rumah, lantai tak rata, crack takyah cakap... jgn runtuh sudah rumah tu... huhuhu ... quite dissappointed with the result. Insya Allah ada hikmah di sebalik kejadian. hope ramai dah pindah masuk

Tuesday, May 3, 2011

Emerald c

Alhamdullilah emerald c owner block 7 dah dapat kunci. Ade yg dah pindah masuk.met few neighbours. Semua baik-baik belaka. Rumah kami dah siap grill. Kami xberniat utk pasang tinted buat masa skrg tp ade satu contractor ni mmg cekik darah. Katanya, boleh 4x kali byr. And kebykan contractor akan bg harga 1.4-1.8k tp yg ni 2.4k hahaha kelakar byr deposit rm1.4 k balance 4x bayar deyyyyyyy... 4bln byr tu lebih kurang dia punya interest. Mcm ah long pon ada. So kami cuma buat yg perlu sahaja dahulu. Plaster ceiling pon xpsg.hehehe thn ni rezeki rumah ditmbh dgn baby ;) syukur... So apa yg penting kami dahulukan. Rumah kami pagari dengan ayat-ayat al-quran semoga terlindung dr bencana dan hasad dengki.dengan izin Allah.insya Allah. Semoga kita semua diberkati Allah

Thursday, March 17, 2011

Grille untuk Emerald A

Quotation dapat untuk grille biase adalah dalam 3-3.5k... reasonable... dan mampu milik... hehehe.. ini adalah dari contractor dr senawang. Chinese contractor ini buat semua plaster ceiling, grille, renovation, wiring, etc

Dari Sikamat ada contractor Melayu dalam price range yang sama.

P/s: Untuk sesapa nak renovate rumah, kalau gi Interior Design company, ID akan charge about 10% from total amount dan akan mark up semua material. Baik cari contractor, pening kepala sikit tak pe... Cari dalam magazine ape yg berkenan di hati, suruh dier org buat measurement dan kerja jalan...

Monday, March 14, 2011

Info info info

Hujung minggu ni tadi sempat jenguk rumah... ( dari luar jer la...) tgk crack panjannnnngggg.... isk isk isk...
hopefully they will repair before wat defect complaint...

dapat contractor yg agak murah utk grille rumah... lebih kurang 3k-4k untuk grille biase for Emerald Jenis A... so Emerald C tak jauh beza la kot...sape nak number contractor sila tinggalkan email di komen yer... contractor N9 jugak...

Rumput Ah Soon seperti mencekik darah jugak... hehhe.. utk semi-d intermidiate dier charge rm1.6k dgn upah tanam dan pokok.... kalau beli rumput kat sg buloh... 1sft rm1... hahaha... sanggup tak sanggup jer nak tanam...
tabur biji boleh tumbuh tak ek?